Kebersihan adalah berkait rapat dengan
kesihatan. Ianya adalah suatu yang amat penting kepada setiap orang,
terutamanya bayi bagi mengelakkan dari jangkitan penyakit supaya mereka dapat
melalui perkembangan yang sempurna dari segi jasmani dan rohani. Kali ini saya
ingin kongsikan dengan anda yang
berminat untuk mengetahui mengenai cara untuk memandikan bayi. Mungkin bagi
sesetengah anda memandang perkara ini sebagai sesuatu yang remeh/mudah. Tapi,
jangan terperanjat, ada sesetengah orang yang masih tidak tahu mengenai
perkara ini.
Tip /Panduan Memandikan Bayi Baru Lahir
Sebelum memulakan memandikan bayi,
sediakan perkara yang berikut terlebih dahulu ;
- Tempat yang selesa dan beralas untuk meletak bayi
- Tuala kecil yang lembut
- Tuala besar
- Sabun dan syampu yang sesuai untuk bayi
- Kapas, putik kapas
- Bedak, lampin, baju dan seluar
- Besen besar dan besen kecil untuk mencuci rambut.
Tuangkan air sejuk kedalam setiap besen. Uji kepanasan air dengan siku
atau belakang tapak tangan anda. Cuci tangan anda dengan bersih sebelum
memandikan bayi. Elakkan memakai perhiasan ditangan anda seperti cincin
dan gelang yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan terhadap bayi.
CARA-CARA MANDIKAN BAYI :-
Langkah pertama*
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.
Langkah kedua*
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.
Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.
Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.
Langkah ketiga*
Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.
Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.
Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.
Langkah keempat*
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.
Gunakan kapas bersih bersama air suam. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.
Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.
Selesai bayi dibersihkan, sapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu wajib menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.
Persoalan dan jawapan mengenai mandian bayi
Apakah suhu yang sesuai untuk air mandi bayi saya?
Air yang dipanaskan sehingga 37 darjah C adalah paling sesuai. Anda boleh membeli termometer untuk menentukan suhu air mandi itu. Setengah termometer direka bentuk sebagai mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan. Jika anda tiada termometer, letakkan siku anda ke dalam air untuk menguji sama ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.
Sesetengah
termometer direka bentuk sebagai mainan mandi bayi yang selamat dan menyeronokkan.
Jika anda tiada termometer, letakkan siku anda ke dalam air untuk menguji sama
ada ia terlalu panas atau terlalu sejuk.
Berapakah kedalaman tab atau besen mandi itu?
Untuk bayi baru
lahir dan bayi lebih kurang daripada
enam bulan, penuhkan besen dengan 13 sentimeter (5 in) air. Atau pastikan air
cukup untuk bayi berbaring dalam air dengan bahunya betul-betul terendam.
Jangan
sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam air besen yang lebih tinggi dari
pinggangnya (posisi duduk) untuk bayi lebih tua dan juga kanak-kanak. Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam besen
atau tab semasa air sedang mengalir turun. Kedalaman air boleh naik sehingga
menjadi terlalu dalam.
Bagaimanakah untuk memegang bayi dengan selamat di dalam air?
Jika anda menggunakan tab mandi, letakkan pelapik getah di lantai tab. Semasa bayi anda sedang membesar, latihkan supaya dia tetap duduk dalam tab pada bila-bila masa. Ini menggalakkan dia untuk tidak berdiri, tergelincir atau hilang imbangan.
Gunakan sabun lembut dan tiada mengandungi air wangi atau produk cecair mandi bayi neutral pH. Jika kulit bayi anda terasa kering atau kemerahan, anda boleh mencampurkan sedikit emolien mandi ke dalam air mandi. Menggunakan emolien boleh membuatkan kulit bayi anda licin, jadi peganglah bayi anda dengan kukuh tetapi lembut semasa dia di dalam air.
Berapa kerapkah harus saya mandikan bayi saya?
Terpulang kepada anda berapa kerap anda memandikan bayi anda. Waktu mandi boleh menjadi acara harian yang seronok dan relaks bagi anda dan bayi anda. Tetapi, jika anda enggan memandikan bayi anda setiap hari, sekali atau dua kali seminggu adalah sesuai semasa bulan pertama.
Apabila bayi anda berusia dua bulan anda mungkin mahu membuatkan mandi bayi sebagai sebahagian rutin tidur. Walau bagaimanapun, anda tak perlu membasuh rambut bayi setiap hari. Rambutnya mengeluarkan hanya sedikit minyak sahaja, jadi sekali seminggu adalah memadai.
Asalkan anda menggelap dari atas ke bawah, dan menyapukan semua kekotoran yang ternampak pada hari-hari dia tidak dimandikan, bayi anda sudah cukup bersih.
Adakah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi
saya?
Adalah selamat untuk berkongsi tab mandi dengan bayi anda apabila dia berusia dua bulan, selagi anda yakin boleh memegangnya dengan baik. Anda akan memerlukan seorang berdekatan untuk membantu menghulurkan bayi kepada anda dalam tab, dan mengambilnya daripada anda semasa anda keluar dari tab.
Sebaliknya, suami anda boleh masuk bersama bayi dalam tab, dengan anda membantu. Tiada yang boleh menandingi sentuhan kulit-ke-kulit untuk mengukuhkan pengikatan antara bapa dan bayi.
Sesiapa yang akan bersama bayi dalam tab mestilah mandi atau mencuci badannya dahulu. Kemudian sediakan bilik mandi dan tab mandi seperti disebutkan di atas.
Bolehkah saya keluar dari bilik mandi untuk sebentar?
Tidak. Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda dalam besen atau tab tanpa kawalan. (Ya, ini adalah penting, sebab itu kami mengulanginya sekali lagi.)
Jika ada orang yang mengetuk pintu atau jika telefon
berbunyi dan anda merasakan anda perlu menjawabnya, angkat bayi, balutkan dia
dengan tuala dan bawa bersama anda.
No comments:
Post a Comment